17 Mei 2016

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR SIRI 1 SAINS DAN BAHASA INGGERIS

HARI PERTAMA BENGKEL

Tarikh   : 17 Mei 2016
Hari      : Selasa
Jam      : 8.00 - 1.30 tengah hari

Hari ini SK Kebayau telah berjaya mengadakan aktiviti tahunan sekolah yang dianjurkan oleh Unit Kurikulum di bawah pimpinan Penolong Kanan Pentadbiran. Puan Masinah Dullah bersama Ketua - ketua Panitia Subjek Teras. Bengkel pada kali ini mengajar murid - murid cara menjawab kertas soalan UPSR versi baharu. Pihak sekolah bertungkus lumus  mengadakan bengkel ini, bagi mencapai KPI sekolah lulus penuh UPSR pada tahun ini. Pihak sekolah juga berdoa semoga seramai 12 orang calon UPSR tahun 6 pada kali ini dapat mencapai 6A.
Oleh yang demikian, pada kali ini murid - murid tahun 5 dimasukkan sekali dalam bengkel ini untuk pendedahan lebih awal teknik menjawab soalan versi baharu UPSR yang akan diduduki oleh mereka pada tahun hadapan.

Hanya 2 slot sahaja untuk hari ini:-

Slot 1 subjek Sains disampaikan oleh Pemeriksa Kertas UPSR Subjek Sains.
Slot 2 subjek BI disampaikan oleh SISC+ dari PPDKK.

Sains - Puan Maureen Peter dari SK Darau Menggatal.

Bahasa Inggeris - Puan Yap Mei Ching@ Carol Yap (SISC+  BI dari PPD KK)


Antara aktiviti - aktiviti sepanjang program hari ini:-


Puan Carol sedang menyelia aktiviti yang diadakan
PK KoKUM menjalankan aktiviti bersama murid
Madam Su menjalankan aktiviti bersama murid
Peserta Kem dan guru - guru BI  bergambar dengan Penceramah Bahasa Inggeris
Sesi Bergambar peserta dan KP Sains bersama Penceramah

KP Sains menyampaikan cenderamata kepada penceramah
PK1 menyampaikan cenderamata kepada penceramah



1 ulasan: