24 Mei 2016
Mesyuarat dan taklimat tentang data sekolah dan i-think dipengerusikan sepenuhnya oleh Puan Nor Suhana Sutrisno sebagai penyelaras data sekolah dan i-think. Mesyuarat ini tamat pada jam 1.00 tengah hari.
|
Ustaz AA ( Ketua Guru Disiplin ) sedang mencongak jumlah murid - murid. |
|
Puan Nor Suhana sedang memberi taklimat tentang data sekolah. |
27 Mei 2016
Mesyuarat akhir penggal pertama. Pada mesyuarat kali ini, Puan Guru Besar mempengerusikan mesyuarat bermula dengan modul kerja rumah murid semasa cuti sekolah. Beliau juga mengingatkan guru tentang KPI yang perlu dicapai bagi melonjak akademik murid - murid ke arah yang boleh meningkatkan prestasi sekolah. Seterusnya beliau membuka penyertaan kepada guru - guru untuk mencipta logo, bendera, motto, misi dan visi sekolah. Penyertaan ini adalah untuk memberi nilai tambah dan legasi kepada guru tersebut. Mesyuarat tamat pada jam 11.00 pagi
|
Encik Wilson sedang meneliti deskripsi pentaksiran PBPPP |
|
Encik Junaidi ( tanak wagu Kebayau - Tamalang ) penuh khusyuk membaca deskripsi pentaksiran PBPPP |
|
Puan Mas PK1 sedang memberi taklimat kepada guru - guru setiap deskripsi pentaksiran dalam PBPPP |
|
Warga sekolah sepenuhnya mendengar taklimat yang disampaikan oleh Guru Besar. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan